Thursday 28 September 2017

GLA Complex

Sahabat baik kulit anda!



GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri. GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan anda untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit anda. Miliki kulit yang sihat dan lembut dengan Shaklee GLA Complex.




Keistimewaan Shaklee:
·      Diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

·  Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.



Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA
·         Membantu meningkatkan kelembapan kulit.
·         Membantu mengembalikan kehalusan dan kelembutan kulit.



Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.



Rujukan:
1. Kawamura A et al. 2011. Dietary supplementation of gamma-linoleneic acid improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci. 2011;60(12):597-607.

2. Nissen HP, Biltz H, Mugglie R. 1995. Borage oil: Gamma-linoleneic acid decreases skin roughness and TEWL and increases skin moisture in normal and irritated human skin. Cosmetics Toiletries; 110: 71-6.

Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C Shaklee mengatasi radikal bebas untuk kulit yang sihat



Alami semula nikmat kesihatan dengan mengambil nutrien yang tepat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.



Keistimewaan Shaklee :
·    Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 

·      Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran Vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

·  Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya



Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
·     Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang  dan juga kulit anda.
· Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.




Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.



Rujukan:
1. K Akhilender, Naidu. (2003). Vitamin C in human health and disease is still a mystery? An overview. Nutrition Journal. (2):7. https://doi.org/10.1186/1475-2891-2-7


2. Telang, P. S. (2013). Vitamin C in dermatology. Indian Dermatology Online Journal, 4(2), 143–146. http://doi.org/10.4103/2229-5178.110593.

Wednesday 27 September 2017

Cinch Tea Mix Shaklee

Cinch Energy Tea Mix, minuman untuk kurus dan cantik secara sihat.


Bagi peminat minuman berkafein seperti kopi, nescafe atau seumpamanya, apa kata anda mencuba Tea nie pulak. Ianya menggalakkan peningkatan tenaga secara semulajadi dengan segera. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa. Buat pelajar-pelajar yang sentiasa lemau nak ke kuliah, asal mengadap buku mata pun layu, nak stay up malam buat ulangkaji, Cinch Tea Energy Tea Mix Shaklee ini solusi untuk masalah adik-adik.

Individu yang sudah bekerja juga sangat digalakkan especially yang sentiasa Monday blues, kurang fokus, selalu mengantuk dan seumpamanya. Konfem suka sampai bila-bila.

Cinch Energy Tea Mix adalah campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah , serta taurina.

1.        Matcha Green Tea 
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
ü  Kandungan antioksida yang sangat tinggi
ü  Energy booster
ü  Metabolisme booster
ü  Membakar kalori up to 4x

2.        White Tea
Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau

ü Membakar lemak-lemak berlebihan
ü Menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
ü Meningkatkan metabolisme

3.        Rooibos Red Tea
Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan dan kaya dengan sebatian polifenol – antioksida. Ia juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”

ü  Membantu melarutkan lemak
ü  Meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
ü  Agen detox yang kuat

4.        Red Tea
Mengandungi salah satu antioksidan iaitu polifenol. Polifenol membantu memulihkan kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

5.        Taurina
Membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan

ü  Menggalakkan metabolisme
ü  Menjadikan lebih bertenaga
ü  Melarutkan lemak
ü  Membantu menghasilkan otot tanpa lemak


Di antara manfaat Cinch Energy Tea Mix ini adalah :

·                     Merupakan bahan antioksidan
·                     Membantu mengawal kerosakan DNA
·                     Membantu menurunkan paras kalori dalam kolesterol
·                     Memberikan stimulasi tenaga
·                     Membantu membakarkan lemak
·                     Membantu untuk detox
·                     Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
·                     Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
·                     Antibakteria dan antiviral
·                     Menggalakkan kulit yang sihat
·                     Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
·                     Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
·           Membantu melawan penyakit seperti asthma dengan mengembangkan saluran pernafasan


Jadi, apa tunggu lagi. Jom dapatkan segera.
Minuman yang terbaik untuk kesihatan anda.


Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Monday 25 September 2017

ESP

MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Minum Untuk Kulit Yang Sihat


Protein membina tubuh anda, seperti batu-bata yang membina rumah anda. Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan anda, termasuk kulit anda. Merupakan minuman yang lazat dan kaya dengan protein berasaskan tumbuhan, Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder menggalakkan pembaharuan sel untuk membina asas kepada kulit yang sihat.


Keistimewaan Shaklee:


·  Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan- GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).

·   Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

·      Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score)1.0 
  –  penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.

·       Membekalkan 9 asid amino.


·    Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat 


Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan  
terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.



Protein untuk MEMBINA kulit yang sihat.

Ø     Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.

Ø  Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.

Ø    Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.


Dapatkan ESP atau set The Radiant 4 sekarang!!!


Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Rujukan:
1. Skovgaard GR, Jensen AS, Sigler ML. Effect of a novel dietary supplement on skin aging in post-menopausal women. Eur. J. Clin. Nutr. 2006, 60, 1201-6.
2. Draelos ZD, Blair R, Tabor A. Oral soy supplementation and dermatology. Cosmetic Dermatology. 2007, 20, 202-204.
3. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10.

4. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62.

Collagen Powder

Merangsang Kulit Kelihatan Muda dari Dalam ke Luar



Kolagen bertindak seperti ‘pelekat’ untuk mengikat tubuh anda dan ditemui dengan banyaknya di bahagian kulit. Penghasilan kolagen secara semula jadi berkurangan apabila usia semakin meningkat, dan menyebabkan kulit kendur serta pembentukan kedutan dan garis-garis halus.



Keistimewaan Shaklee:

Ø    Menyediakan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Ø  Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6 .

Ø         Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Ø         Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.


Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

§    Untuk kulit yang lebih tegang, anjal dan lembut.
§    Meningkatkan kelembapan kulit.
§    Mengurangkan kedutan dan garis halus.
§    Mengurangkan pori-pori yang kelihatan.
§    Menggalakkan kulit yang lebih cerah dan licin.


Dapatkan satu Set The Radiant 4 sekarang. 💕😉



Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
1. Asserin J et al. 2015. The effect of oral collagen peptide supplementation on skin moisture and the dermal collagen network. Journal of Cosmetic Dermatology. Volume 14(4):291-301.
2. Fujimoto Y et al.2007. A study on the usefulness of orally administered collagen peptides derived from edible marine fish scales on human skin and hair. Fragrance Journal. P75-79.
3. Maia P et al, 2015. An oral supplementation based on hydrolyzed collagen and vitamins improves skin elasticity and dermis echogenicity: a clinical placebo-controlled study. Clin Pharmacol Biopharm 4:142

4. Koyama Y. Effects of collagen peptide ingestion on the skin. Shokuhin-To-Kaihatsu. 2009; 44:10–12

Friday 22 September 2017

HB RENDAH KETIKA HAMIL


Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh ibu hamil adalah masalah Hb rendah. Setiap kali checkup pastinya kena tahan telinga dek bebelan nurse. Dah bermacam-macam cara dibuat tapi masih tak membantu. Dan akhirnya kena ambil suntikan atau menjalani proses tambah darah. Pastinya 3-4 beg darah.

Anemia adalah keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Hb adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya mengangkut oksigen daripada salur pernafasan ke seluruh badan manusia. 

Masalah Hb rendah boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan zat badan semasa lahir, masalah keguguran, bayi dilahirkan cacat atau paling teruk bayi meninggal di dalam kandungan.



Bacaan HB Normal untuk Ibu hamil

Bagi ibu mengandung, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia:


Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)
      Kategori Anemia     
> 11.0
Normal
9.5 < 11
Anemia Ringan
8.0 < 9.5
Anemia Sederhana
6.9 < 8.0
Anemia Kritikal
< 6.9
Anemia Sangat Kritikal


Punca Hb Rendah

1.         Kekurangan Zat Besi (Iron)

Salah satu faktor utama Hb rendah bagi ibu-ibu hamil adalah kekurangan zat besi. Zat besi (iron) penting dalam penghasilan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah protein dalam sel darah merah. Ianya berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 

2.         Kekurangan Asid Folik (B9)

Asid folik sangat penting bagi ibu hamil. Malah sangat digalakkan ambil sebelum bermula kehamilan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat semasa lahir.

Selain itu asid folik amat penting bagi membantu penghasilan sel darah yang sihat. Disebabkan itu, kemungkinan lain Hb rendah ketika hamil adalah kekurangan asid folik. Badan ibu hamil memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru. Ini termasuklah menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat. Kekurangan asid folik akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.


3.         Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 sangat penting untuk membantu proses pembentukan sel darah merah yang sihat. Kekurangan vitamin B12 ini selain menyebabkan hb rendah, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

Ibu hamil yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur akan lebih terdedah kekurangan Vitamin B12.


4.         Kekurangan Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam membantu penyerapan zat besi. Kekurangan Vitamin C juga boleh menjejaskan bacaan Hb ibu-ibu. Anda sudah tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan zat besi (iron) tapi disebabkan kurang pengambilan Vitamin C, bacaan Hb masih tak memuaskan.


Sebab itu, seimbangkan pengambilan zat besi & Vitamin C. Banyakkan pengambilan buah-buahan citrus seperti oren & lemon, jambu batu, epal, strawbery, kiwi dan sayur-sayuran hijau.


Cara untuk naikkan HB & Tambah Darah

1.           Makan makanan yang membantu untuk menaikkan paras Hb dalam darah
        Contoh : daging merah, hati, bayam, brokoli, pisang, madu, buah delima, kerang dan  sebagainya.

2.            Dapatkan supplimen tambahan
 Amalkan 3 vitamin asas dalam set kehamilan Shaklee. Iaitu Vitalea, B Complex dan  SR Vita-C plus.



3.           Elakkan minuman dan makanan yang berkafein atau bikarbonat

4.     Jarakkan pengambilan kalsium atau susu dengan makanan yang meningkatkan Hb dalam darah.
Contohnya seperti seperti susu dan keju. Jarakkan dalam tempoh 2-3 jam dengan makanan atau vitamin yang meningkatkan paras Hb. Tetapi jangan abaikan pengambilan kalsium. Ini kerana kalsium penting dalam pembentukkan tulang bayi dalam kandungan.



Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi Intan
Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat

Cod Sekitar Shah Alam
Pos seluruh Malaysia


Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...