Friday 15 December 2017

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Protein


Pakar pemakanan menyokong pengambilan protein tambahan dalam diet harian anda sebagai satu makronutrien penting untuk mengekalkan kesihatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai protein supaya kita membuat pemilihan yang tepat untuk kesihatan lebih baik.


1. Kenapa pentingnya menambahkan protein soya dalam diet harian saya?

Soya tinggi dengan protein dengan rendah dengan lemak. Ia membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Soya juga merupakan satu-satunya protein berasaskan tumbuhan, yang boleh dicernakan dengan mudah dan memiliki kualiti yang sama dengan protein daripada sumber haiwan. Apa yang lebih penting adalah FDA telah meluluskan bahawa diet rendah lemak tepu dan kolesterol bersama dengan dengan pengambilan 25g protein soya setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


2. Adakah protein soya menjadikan saya gemuk?

Penyelidikan klinikal menunjukkan pengambilan protein soya memberikan rasa kenyang lebih panjang, menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan mengurangkan kekerapan pengambilan kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat


3. Adakah ia membuat lelaki lebih bersifat kewanitaan?

Satu analisis saintifik telah dijalankan keatas lebih daripada 30 kajian tentang kesihatan yang berkaitan dengan soya dan hormon lelaki. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sama ada soya atau isoflavones (bahan asli ditemui dalam soya) mempunyai sebarang kesan pada tahap testosteron dalam di kalangan lelaki. Secara ringkas, pengambilan soya secara teratur adalah selamat di kalangan lelaki dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan sifat kejantanannya


4. Bolehkah wanita putus haid mengambil protein soya?

Berdasarkan satu kajian-silang-budaya yang telah dijalankan di kalangan wanita yang telah putus haid, subjek kajian di Jepun yang mengambil makanan bersoya setiap hari dalam jumlah yang tinggi mengalami fasa peralihan menopause yang lebih selesa. Dalam negaranegara Asia, purata pengambilan makanan soya setiap orang dianggar memberikan isoflavones sebanyak 25-45mg.

Protein soya tidak hanya menyokong zaman peralihan putus haid yang lebih selesa tetapi juga menyokong penjagaan tulang yang sihat yang amat penting untuk menyokong wanita semasa menempuh tempoh yang mencabar ini.


5. Bolehkah saya mengambil protein soya dengan makanan tambahan yang lain?

Protein soya ialah zat pelbagai guna. Ia melengkapi nutrien lain dengan mudah dan lancar ke dalam diet anda. Anda boleh ambil protein soya anda bersama alfalfa, vitamin B, sterols tumbuhan serta kolagen setiap hari, untuk meningkatkan kesejahteran secara keseluruhan.



Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, hubungi Intan seperti maklumat di bawah:

Call / WA : 0125828514
FB Page  : Kedai Cantik.Sihat


Cod Sekitar Shah Alam
Pos keseluruh Malaysia

Setiap pembelian produk Shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma dari saya.


Rujukan:
1. Messina MJ. Legumes and soybeans: overview of their nutritional profiles and health effects. Am. J. Clin. Nutr. 1999, 70, 439S-450S.
2. Aaron J. Michelfelder. Soy: A Complete Source of Protein. complementary and alternative medicine. American Family Physician. January 1, 2009. Volume 79, Number 1
3. Franke AA, Custer LJ, Wang W, Shi CY. HPLC analysis of isoflavonoids and other phenolic agents from foods and from human fluids. Proc. Soc. Exp. Biol. Med. 1998, 217, 263-73.
4. Messina M. Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence. Fertil. Steril. 2010, 93, 2095-104.
5. Knight, DC, Eden, JA. A review of the clinical effects of phytoestrogens. Obstetrics and Gynecology. 1996; 87:897–904.

No comments:

Post a Comment

Shaklee Baby, Set Mandian Baby Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera Intan nak tanya, mummy-mummy ada anak-anak/baby yang mempunyai kulit sensitif tak? Set Sh...